Karier lakonan Scarlett_Johansson

Peranan awal

Johansson mula berlakon semasa zaman kanak-kanak selepas ibunya mula membawa beliau ke uji bakat. Beliau menjalani uji bakat untuk iklan komersial tetapi sangat kecewa jika ditolak dan ibunya mula mengehadkan beliau hanya menghadiri uji bakat filem.[15] Dia membuat penampilan pertamanya dalam filem ketika berumur 9 tahun, sebagai anak perempuan John Ritter dalam filem fantasi komedi tahun 1994, North.[2] Susulan watak kecil dalam filem 1995 Just Cause sebagai anak perempuan Sean Connery dan Kate Capshaw, dan If Lucy Fell pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Amanda dalam Manny & Lo (1996). Lakonannya dalam Manny & Lo mendapatkannya pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit,[2] dan ulasan positif, satu daripadanya menyatakan, "[filem] itu menyerap dalam diri anda, sebahagian besarnya kerana pesona ... Scarlett Johansson",[16] manakala pengkritik San Francisco Chronicle, Mick LaSalle memberi komen terhadap "aura tenang" beliau, dan menulis, "Jika beliau boleh melalui akil baligh tanpa terganggu auranya, beliau boleh menjadi seorang pelakon penting."[17]

Selepas muncul sebagai watak kecil dalam Fall dan Home Alone 3 pada tahun 1997, Johansson mendapat perhatian meluas kerana lakonannya beliau dalam filem 1998, The Horse Whisperer, diarahkan oleh Robert Redford.[2] Beliau menerima pencalonan untuk Pelakon Wanita Harapan Anugerah Persatuan Kritikan Filem Chicago.[18] Pada tahun 1999, beliau muncul dalam My Brother the Pig dan pada tahun 2001, dalam filem neo-noir The Man Who Wasn't There. Juga pada tahun 1999, beliau muncul dalam video muzik Mandy Moore, "Candy".[19] Walaupun filem ini tidak mendapat kejayaan box office,[20] beliau menerima pujian melalui lakonannya[21] dalam Ghost World (2001).[22][23] Dikreditkan dengan "sensitiviti dan bakat [yang] menjangkaui umurnya".[24] Pada tahun 2002, beliau muncul dalam Eight Legged Freaks bersama David Arquette.[25]

Peralihan ke peranan dewasa

Johansson ketika pembukaan Girl with a Pearl Earring di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2003

Johansson membuat peralihan dari peranan remaja kepada peranan dewasa, dengan dua peranan pada tahun 2003.[26] Dalam filem Lost in Translation, beliau melakonkan watak Charlotte, seorang isteri muda kesepian, bertentangan Bill Murray.[27][28] Roger Ebert menulis bahawa dia menyukai filem itu dan mengambarkan persembahan Johansson dan Murray sebagai "bagus."[29] Johansson memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik[30] dan dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globe.[31][32] Beliau menerima pencalonan daripada beberapa organisasi pengkritik filem termasuk Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran,[33] dan Persatuan Pengkritik Filem Chicago.[34]

Ketika berumur 18 tahun, Johansson melakonan watak Griet dalam Girl with a Pearl Earring. Beliau dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama [31] dan Pelakon Wanita Terbaik Anugarah BAFTA.[30] Beliau dicalonkan oleh Bulatan Pengkritik Filem London,[35] Persatuan Pengkritik Filem Phoenix.

Johansson diundang untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada bulan Jun 2004.[36] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam lima filem: The SpongeBob SquarePants Movie; A Good Woman, romantik komedi In Good Company [37] dan A Love Song for Bobby Long dimana beliau mendapat pencalonan ketiganya untuk Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe.[31]

2005–07

Johansson di set pengambaran Vicky Cristina Barcelona, 2007

Pada bulan Julai 2005, Johansson membintangi bersama Ewan McGregor dalam filem sains fiksyen Michael Bay, The Island, melakonkan dua watak sebagai Sarah Jordan dan klonnya, Jordan Two Delta. Lakonannya sebagai Nola dalam Match Point diterima dengan baik. Johansson menerima pencalonan Golden Globe keempatnya[31] dan satu dari Persatuan Pengkritik Filem Chicago untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik.[34]

Dia berlakon bertentangan Hugh Jackman dalam filem 2006, Scoop. Pada tahun yang sama, dia muncul dalam The Black Dahlia.

Johansson kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, The Prestige (2006), sekali lagi bertentangan Hugh Jackman dan juga Christian Bale. Juga pada tahun 2006, Johansson membintangi filem pendek 'When The Deal Goes Down, diarahkan oleh Bennett Miller.[38]

Johansson membintangi filem 2007, The Nanny Diaries bersama-sama Laura Linney.

2008–sekarang

Pada tahun 2008, Johansson membintangi filem The Other Boleyn Girl bersama-sama Natalie Portman dan Eric Bana,[39] a film which garnered mixed reviews.[40][41]

Johansson menjalani pengambaran filem ketiganya untuk Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona, di Sepanyol,[42] muncul bertentangan Javier Bardem dan Penélope Cruz. Filem ini adalah salah satu filem Allen paling menguntungkan[43] dan muncul dalam banyak senarai sepuluh teratas pengkritik untuk filem terbaik pada tahun 2008. Beliau juga melakonkan watak Silken Floss dalam The Spirit. Filem itu kebanyakkanya menerima ulasan yang teruk.[44] Johansson kemudiannya melakonkan watak Anna dalam filem 2009, He's Just Not That Into You bersama-sama Jennifer Connelly, Bradley Cooper, Drew Barrymore dan Kevin Connolly. Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[45].

Johansson di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013

Pada bulan Mac 2009, Johansson didatangani untuk melakonkan watak Natalia Romanova/Natasha Romanoff, aka "The Black Widow" dalam Iron Man 2[46] selepas Emily Blunt menolak tawaran itu.[47] Filem itu ditayangkan pada bulan Mei 2010.[48] Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[49] adan menerima kebanyakannya ulasan positif daripada pengkritik.[50] Pada tahun 2011, Johansson melakonkan watak Kelly, seorang penjaga zoo dalam We Bought a Zoo.

Pada bulan November 2011, ia telah dilaporkan bahawa beliau telah merancang untuk membuat penampilan pertama sebagai pengarah untuk adaptasi novel Truman Capote, Summer Crossing.[51][52][53] Johansson menyambung watak Natasha Romanoff dalam The Avengers pada tahun 2012. The Avengers menerima ulasan positif[54] dan mencapai kejayaan dalam box office, emnjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.[55] Pada bulan Mac 2012, ia telah diumumkan bahawa Johansson telah diambil untuk watak Janet Leigh dalam filem Hitchcock.[56][57] Ditayangkan pada bulan November 2012, Hitchcock menerima ulasan bercampur dan positif.[58]

Johansson menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada Mei 2, 2012 terletak di 6931 Hollywood Blvd., di hadapan muzium lilin Madame Tussauds Hollywood.[59] Juga pada tahun 2012, Johansson telah berlakon dalam filem arahan Joseph Gordon-Levitt, Don Jon.[60] Filem itu ditayangkan di Festival Filem Sundance 2013[61] dan ditayangkan secara meluas pada bulan September 2013. Don Jon menerima ulasan positif.[62]

Pada tahun 2013, Johansson meminjamkan suara untuk watak Samantha dalam filem Her.[63] Filem ini menerima pujian kritis sebaik sahaja ditayangkan[64] dengan lakonan Johansson diterima dengan baik dikalangan pengkritik.[65][66] Johansson dipilih untuk berlakon di dalam filem sains fiksyen arahan Jonathan Glazer, Under the Skin (2013). Lakonan Johansson mendapat sambutan yang positif.[67][68]

Pada bulan Oktober 2014, ia telah diumumkan bahawa Johannson akan membintangi dan menghasilkan sebagai eksekutif untuk siri lapan episod The Custom of the Country. Beliau akan melakonkan watak Undine Spragg.[69][70]

Johansson menyambung wataknya sebagai Black Widow dalam filem sekuel 2014, Captain America: The Winter Soldier bersama-sama Chris Evans. Filem ini menerima ulasan positif.[71] Dia melakonkan watak Molly dalam filem 2014, Chef bersama-sama Jon Favreau, Robert Downey, Jr. dan Sofía Vergara.[72] Beliau juga membintangi filem Lucy, sebuah filem aksi sains fiksyen diarahkan oleh Luc Besson dan ditayangkan pada Julai 25, 2014.[73] Filem ini mengutip $458 juta bertentangan bajet $40 juta.[74]

Pada tahun 2015, Johansson sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Avengers: Age of Ultron.[75] Pada Januari 5, 2015, majalah Variety mengumumkan bahawa Johannson telah ditandatangani untuk melakonkan watak utama filem adaptasi francais Ghost in the Shell.[76][77] The casting of Johansson for the film was met with immense criticism from fans and critics, calling the choice "whitewashing". A petition was created in the effort to have Johansson removed from the project.[78][79]

Johansson akan sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Captain America: Civil War.[80] Filem ini akan ditayangkan pada bulan Mei 2016.[81]

Rujukan

WikiPedia: Scarlett_Johansson http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=20022... http://www.austinchronicle.com/gyrobase/Calendar/F... http://boxofficemojo.com/movies/?id=ironman2.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=ghostworld... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hesjustnot... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=lucy.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=vickycrist... http://articles.cnn.com/2003-12-18/entertainment/g... http://www.cnn.com/2013/09/05/showbiz/scarlett-joh... http://www.contactmusic.com/new/xmlfeed.nsf/mndweb...